Friday, 25 September 2015

Hasil Analisis Kesalahan Bahasa


Menurut Nik Safiah Karim (2014), kesalahan bahasa ditakrifkan sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Lazimnya, kesalahan bahasa wujud dalam penulisan ayat dari aspek morfologi dan sintaksis merangkumi kesalahan pembentukan kata, golongan kata, penyusunan ayat, imbuhan, ejaan dan penggunaan perkataan.
            Saya telah memilih artikel yang bertajuk “Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak”. Jadual berikut menunjukkan kesalahan tatabahasa dalam petikan:
Aspek Kesalahan Tatabahasa
Ayat
Penjelasan
Kata Nama Am
“Peningkatan kadar kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes di kebanyakan Negara maju dan membangun sangat membimbangkan.”
Perkataan “Negara” ialah kata nama am. Menurut hukum tatabahasa, semua pangkal huruf kata nama am perlu ditulis dalam huruf kecil kecuali kata nama am yang terletak pada pangkal ayat.
Pembetulan: “negara”
Kata Nama Khas
“Menurut jurnal nutrisi (2010) bagi kanak-kanak perempuan yang obes, …”
Perkataan “jurnal nutrisi” ialah kata nama khas. Oleh itu, pangkal huruf perkataan ini perlu ditulis dalam huruf besar.
Pembetulan: “Jurnal Nutrisi”
Kata Pinjaman
“Menurut statistic Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan,15.1 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti.”
Perkataan “statistic” ialah bahasa Inggeris dan kata pinjaman.
Pembetulan: “statistik”
Kata Majmuk
“Beliau juga telah mengenal pasti bahawa pengetahuan, sikap, kegemaran, cara penjagaan dan pengawalan…”
Ejaan kata majmuk “mengenal pasti” perlu bercantum apabila menerima imbuhan awalan.

Pembetulan: “mengenalpasti”
“Bagi mengatasi masalah ini, ibubapa, guru-guru dan semua pihak…”
Perkataan “ibubapa” perlu dijarakkan kerana perkataan ini ialah kata majmuk yang terdiri daripada rangkai bebas. Kata majmuk jenis ini dieja terpisah dan tidak boleh disisipkan sebarang unsur.
Pembetulan: “ibu bapa”
Kata Penunjuk
Ini adalah disebabkan oleh cara hidup yang diamalkan terutama dari segi pemakanan serta kurang melakukan aktiviti seperti bersenam atau bersukan.”
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “ini” tidak boleh diletakkan pada pangkal ayat kerana “ini” ialah kata penunjuk. Perkataan lain hendaklah diletakkan bersama perkataan “ini” seperti “Hal ini...” di depannya.
Pembetulan: “ Hal ini”
Kata Sendi Nama
masalah obesity di kalangan kanak-kanak dan remaja sangat membimbangkan”
Penggunaan perkataan “di” ialah kata sendi nama yang digunakan di hadapan frasa nama tempat dan arah. Frasa “dalam kalangan” adalah lebih sesuai kerana perkataan “kalangan” ialah ruang yang abstrak dan bukan menunjukkan tempat.
Pembetulan:“dalam kalangan”
“hangat dibincangkan  di dalam media

Frasa “di dalam” diletakkan di hadapan frasa nama konkrit yang mempunyai lingkungan ruang tempat manakala kata sendi nama “dalam” diletakkan di hadapan frasa nama abstrak. Perkataan “media” ialah frasa nama abstrak.
Pembetulan: “dalam media”
Kata Terbitan
bilangan kanak-kanak berlebihan berat badan di bawah usia lima tahun dianggarkan lebih 42 juta”.
Imbuhan apitan “me…i” patut ditambah pada perkataanlebih” menjadi perkataan “melebihi” agar pembaca dapat memahami makna ayat yang ingin disampaikan.
Pembetulan: “melebihi”
Jadual 1: Kesalahan Tatabahasa
Menurut Khairudin Mohamad (2009), sintaksis mengkaji tentang bentuk, struktur dan binaan ayat. Unsur yang dikaji dalam sintaksis meliputi ayat, klausa, dan frasa.
Aspek Kesalahan
Ayat
Penjelasan
Tanda Noktah
“Obesiti selalunya dikaitkan dengan kegemukan akibat makan terlalu banyak Obesiti merupakan…”

Tanda noktah tidak digunakan pada akhir ayat iaitu selepas perkataan “banyak” menyebabkan ayat bersambung dengan ayat yang seterusnya.
Pembetulan: “Obesiti selalunya dikaitkan dengan kegemukan akibat makan terlalu banyak. Obesiti merupakan…”
Jadual 2: Kesalahan Sintaksis
            Kesimpulannya, hasil analisis petikan “Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak” menunjukkan penulis banyak melakukan kesalahan dari segi kata nama am, kata nama khas, kata pinjaman, kata majmuk, kata penunjuk, kata sendi nama dan pengimbuhan. Penulis seharusnya menyemak semula hasil penulisannya sebelum diterbitkan untuk pembacaan orang ramai bagi memastikan pembaca tidak terikut-ikut dengan kesalahan tatabahasa.

12 comments:

  1. Analisis yang jelas dan mudah difahami.
    Tahniah..

    ReplyDelete
  2. Hasil analisis padat dan jelas. Penjelasan senang dibaca dan mudah difahami. Bagus!

    ReplyDelete
  3. Analisis yang tepat dan lengkap. Syabas!

    ReplyDelete
  4. hasil analisis yang jelas dan tepat. Persembahan dalam bentuk jadual memang mudah difahami dan jelas.

    ReplyDelete
  5. Hasil analisis yang jelas dan mudah difahami. Teruskan usaha anda!

    ReplyDelete
  6. Hasil analisis yang jelas dan mudah difahami. Teruskan usaha anda!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Analisa yang dibuat amat jelas dan membantu pembaca untuk memahami aspek kesalahan yang terdapat dalam petikan. Bagus!

    ReplyDelete
  9. Penjelasan atas setiap pembetulan yang dibuat amat membantu meningkatkan kefahaman pembaca.

    ReplyDelete
  10. Bentuk penyampaian analisis kesalahan yang amat jelas dan tepat!

    ReplyDelete
  11. Analisis dan penjelasan yang sangat jelas dan mudah difahami oleh pembaca.

    ReplyDelete