Menurut Nik Safiah Karim (2014), kesalahan bahasa ditakrifkan
sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah
dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa
dan ayat. Lazimnya, kesalahan bahasa wujud dalam penulisan ayat dari aspek
morfologi dan sintaksis merangkumi kesalahan pembentukan kata, golongan kata,
penyusunan ayat, imbuhan, ejaan dan penggunaan perkataan.
Saya
telah memilih artikel yang bertajuk “Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak”. Jadual
berikut menunjukkan kesalahan tatabahasa dalam petikan:
Aspek
Kesalahan Tatabahasa
|
Ayat
|
Penjelasan
|
Kata Nama Am
|
“Peningkatan
kadar kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes di
kebanyakan Negara maju dan
membangun sangat membimbangkan.”
|
Perkataan
“Negara” ialah kata nama am. Menurut hukum tatabahasa, semua pangkal huruf
kata nama am perlu ditulis dalam huruf kecil kecuali kata nama am yang
terletak pada pangkal ayat.
|
Pembetulan: “negara”
|
||
Kata Nama Khas
|
“Menurut jurnal nutrisi (2010) bagi
kanak-kanak perempuan yang obes, …”
|
Perkataan “jurnal
nutrisi” ialah kata nama khas. Oleh itu, pangkal huruf perkataan ini perlu
ditulis dalam huruf besar.
|
Pembetulan: “Jurnal Nutrisi”
|
||
Kata Pinjaman
|
“Menurut statistic Kajian Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan,15.1 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti.”
|
Perkataan
“statistic” ialah bahasa Inggeris dan kata pinjaman.
|
Pembetulan: “statistik”
|
||
Kata Majmuk
|
“Beliau juga telah
mengenal pasti bahawa
pengetahuan, sikap, kegemaran, cara penjagaan dan pengawalan…”
|
Ejaan kata
majmuk “mengenal pasti” perlu bercantum apabila menerima imbuhan awalan.
|
Pembetulan: “mengenalpasti”
|
||
“Bagi mengatasi
masalah ini, ibubapa, guru-guru
dan semua pihak…”
|
Perkataan “ibubapa”
perlu dijarakkan kerana perkataan ini ialah kata majmuk yang terdiri daripada
rangkai bebas. Kata majmuk jenis ini dieja terpisah dan tidak boleh
disisipkan sebarang unsur.
|
|
Pembetulan: “ibu bapa”
|
||
Kata Penunjuk
|
“Ini
adalah disebabkan oleh cara hidup yang diamalkan terutama dari segi pemakanan
serta kurang melakukan aktiviti seperti bersenam atau bersukan.”
|
Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “ini” tidak boleh diletakkan pada
pangkal ayat kerana “ini” ialah kata penunjuk. Perkataan lain hendaklah
diletakkan bersama perkataan “ini” seperti “Hal ini...” di depannya.
|
Pembetulan: “ Hal ini”
|
||
Kata Sendi Nama
|
“masalah obesity di kalangan kanak-kanak dan
remaja sangat membimbangkan”
|
Penggunaan
perkataan “di” ialah kata sendi nama yang digunakan di hadapan frasa nama
tempat dan arah. Frasa “dalam kalangan” adalah lebih sesuai kerana perkataan
“kalangan” ialah ruang yang abstrak dan bukan menunjukkan tempat.
|
Pembetulan:“dalam
kalangan”
|
||
“hangat
dibincangkan di dalam media”
|
Frasa “di dalam” diletakkan
di hadapan frasa nama konkrit yang mempunyai lingkungan ruang tempat manakala
kata sendi nama “dalam” diletakkan di hadapan frasa nama abstrak. Perkataan
“media” ialah frasa nama abstrak.
|
|
Pembetulan: “dalam media”
|
||
Kata Terbitan
|
“bilangan kanak-kanak berlebihan berat
badan di bawah usia lima tahun dianggarkan lebih 42 juta”.
|
Imbuhan apitan “me…i” patut ditambah pada
perkataan “lebih” menjadi perkataan “melebihi” agar
pembaca dapat memahami makna ayat yang ingin disampaikan.
|
Pembetulan: “melebihi”
|
Jadual 1:
Kesalahan Tatabahasa
Menurut Khairudin Mohamad (2009), sintaksis mengkaji
tentang bentuk, struktur dan binaan ayat. Unsur yang dikaji dalam sintaksis
meliputi ayat, klausa, dan frasa.
Aspek Kesalahan
|
Ayat
|
Penjelasan
|
Tanda Noktah
|
“Obesiti selalunya dikaitkan dengan
kegemukan akibat makan terlalu banyak Obesiti merupakan…”
|
Tanda noktah tidak digunakan pada
akhir ayat iaitu selepas perkataan “banyak” menyebabkan ayat bersambung
dengan ayat yang seterusnya.
|
Pembetulan: “Obesiti selalunya
dikaitkan dengan kegemukan akibat makan terlalu banyak. Obesiti merupakan…”
|
Jadual 2: Kesalahan Sintaksis
Kesimpulannya,
hasil analisis petikan “Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak” menunjukkan penulis
banyak melakukan kesalahan dari segi kata nama am, kata nama khas, kata pinjaman,
kata majmuk, kata penunjuk, kata sendi nama dan pengimbuhan. Penulis seharusnya
menyemak semula hasil penulisannya sebelum diterbitkan untuk pembacaan orang
ramai bagi memastikan pembaca tidak terikut-ikut dengan kesalahan tatabahasa.
Analisis yang jelas dan mudah difahami.
ReplyDeleteTahniah..
Hasil analisis padat dan jelas. Penjelasan senang dibaca dan mudah difahami. Bagus!
ReplyDeleteAnalisis yang tepat dan lengkap. Syabas!
ReplyDeletehasil analisis yang jelas dan tepat. Persembahan dalam bentuk jadual memang mudah difahami dan jelas.
ReplyDeleteHasil analisis yang jelas dan mudah difahami. Teruskan usaha anda!
ReplyDeleteHasil analisis yang jelas dan mudah difahami. Teruskan usaha anda!
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAnalisa yang dibuat amat jelas dan membantu pembaca untuk memahami aspek kesalahan yang terdapat dalam petikan. Bagus!
ReplyDeletePenjelasan atas setiap pembetulan yang dibuat amat membantu meningkatkan kefahaman pembaca.
ReplyDeleteBentuk penyampaian analisis kesalahan yang amat jelas dan tepat!
ReplyDeleteAnalisis yang baik, syabas
ReplyDeleteAnalisis dan penjelasan yang sangat jelas dan mudah difahami oleh pembaca.
ReplyDelete